Jom Bersama

Ummah Prihatin KB

Pertubuhan Ummah Prihatin Kota Bharu sentiasa komited untuk membantu mereka yang memerlukan.

Objektif Penubuhan

Memberi bantuan kebajikan daripada rakyat yang berkemampuan kepada rakyat yang memerlukan
Menjalankan aktiviti bina ummah bagi melahirkan insan yang bertaqwa
Meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan rakyat

Dana Pendidikan

Dana Pendidikan ini khusus untuk semua lapisan pengajian dan individu yang ingin belajar tetapi tiada kemampuan untuk membayar yuran dan membeli kelengkapan yang diperlukan.

Sumbangan ini akan diberikan kepada mana-mana pusat pengajian atau masyarakat yang amat memerlukan sahaja.
Target RM 50,000.00
Jumlah Kutipan Semasa
Ummah Prihatin KB - Dana Kebajikan Ummah

Dana Kebajikan Ummah

Dana Kebajikan ini bertujuan untuk membantu fakir miskin, golongan Orang Kurang Upaya, Ibu tunggal, anak Yatim dan lain-lain yang difikirkan sesuai oleh ahli jawatankuasa mengikut keadaan semasa.
Target RM 50,000.00
Jumlah Kutipan Semasa

Dana Usahawan Taqwa

Dana Usahawan Taqwa adalah bertujuan untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang ingin memulakan perniagaan atau yang ditimpa musibah menyebabkan kekurangan modal untuk mengembangkan perniagaan.

Sumbangan anda akan disalurkan kepada usahawan-usahawan kecil yang amat memerlukan sahaja.
Target RM 50,000.00
Jumlah Kutipan Semasa

Aktiviti Terkini

Dana Kebajikan Ummah
admin

Sumbangan Hadiah Kepada Proram Pesta Joran dan Lumba Perahu

Kelantan, 29 Februari 2020 – Progam Pesta Joran dan Lumba Perahu peringkat Jajahan Kota Bharu telah diadakan pada akhir Februari 2020 yang bertempat di Tali Air KADA, Dewan Beta.  UPKB telah memanfaatkan sumbangan derma Dana Kebajikan Ummah dengan menaja 300 hamper sebagai hadiah kepada para perserta. Semoga program seperti dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kaum

Read More »
Dana Kebajikan Ummah
admin

Tajaan Makan Minum untuk 100 Orang Selepas Solat Hajat

Kelantan, 21 November 2020 – Program Solat Hajat, Tahlil dan Selawat anjuran Masjid Mahmudiah Dewan Beta telah mendapat tajaan makan minum untuk 100 orang daripada Ummah Prihatin Kota Bharu yang bertempat di Masjid Mahmudiah Dewan Beta. Semoga Allah Taala mengangkat Covid-19 di bumi Malaysia khususnya dan di dunia secara umumnya.

Read More »
Dana Kebajikan Ummah
admin

Sumbangan Bakul Makanan kepada Faqir Miskin

Kelantan, 2 Oktober 2020 – Ummah Prihatin Kota Bharu telah menghulurkan 50 bakul makanan kepada faqir miskin yang memerlukan bantuan selepas Kuliah Maghrib “Ummah Rabbani Negara Harmoni” bertempat di Masjid Mahmudiah Dewan Beta. Semoga para dermawan yang telah memhulurkan sumbangan ini mendapat pahala yang berlipat kali ganda di sisi Allah Taala.

Read More »
Dana Kebajikan Ummah
admin

Pemberian Hadiah Cabutan Bertuah Sempena Maulidur Rasul SAW

Kelantan, 3 Oktober 2020 – Ummah Prihatin Kota Bharu telah memanfaatkan sumbangan orang ramai dengan menyediakan hadiah cabutan bertuah sebanyak 200 buah hamper sempena program Maulidur Rasul SAW yang bertempat di Masjid Mahmudiah Dewan Beta.  Semoga para dermawan yang telah memhulurkan sumbangan ini mendapat pahala yang berlipat kali ganda di sisi Allah Taala.

Read More »
Scroll to Top